Isnin, September 14, 2009

kaLAm BerMadaH..

Assalamualaikum...
Selangkah kaki melangkah..semakin kita ke hadapan..tatkala kaki masih mematikan gerakan langkah makrifatnya..selagi tubuh enggan mematuhi arahan yg dtg dr tuannya..selagi itu tiada apa2 perubahan yg akan terjadi..
hembusan bayu bertiup dr arah selatan..menghempas muka dinding..dgn sayuan alunan kalam suci dr corong2 masjid..mengindahkan lg susana subuh yg hening...subuh yg tiada siapa hendak mengambil manfaatnya..hanyer segelintir insan yg mempunyai secalit iman,masih mampu mengheretkan kakinya ke arah penghadapan Tuhannya..
15 September 2009
Tinggal lagi 2 hari penetapan aku d Arau ini..mmg x sabo nak balik..tp masih lagi memikirkan beban2 pembelajaran..padehal xle berat sgt sem ini..aduyai..tp xpe..hdp mesti d teruskan dgn jayanya..
kepada sume..dikala pg ini..idalah satu rahmat YG Maha Agung..memilih kita untuk mengizinkan kita melihat pg Nya sekali lg..teruskan dgn tanggungjawabmu..teruskan dgn niat mu..semoga d berkati..amin..

di Kala kEseJukan..

Don't pretend you're sorry
I know you're not
You know you got the power
To make me weak inside
Girl you leave me breathless
But it's okay 'cause
You are my survival
Now hear me say
I can't imagine life
Without your love
Even forever don't seem
Like long enough


wahah..ayat sedey2 plak atas..xpe2..aku xsedey2 pon..mggu ni aku agak hepi..tah nape tah...dah dtg sewel tu..hbs r...actually hr ni aku x terawih lg..ats sebab keuzuran..hampeh..yoyola..mggu ni kebalikan akan kekampungan..aku nyer tiket xde g..men balik naik bas lompat2..kene tggai..tggu la next bus dtg amik aku..
erm..aku sekrg semkin hari semking tue..semkn nak grade..tggu kije aje..tp aku tgk aku ni mcm bdk2 g...mcm x mampu nak kije lg je...aduyai..tggu je la nanti ape aku jd..pegawai askar ke..penoreh getah..tp kalo jd penoreh sebulan 8, 7 ribu...aku nak...ngeh2..dah r..aku nak tdo..esok jumpe SV..selamat malam sume..yezza...

Jumaat, September 11, 2009

sEmaLam....

..semalam..

Lyrics for jetAudio
                                                              Di raut wajahmu telahpun kutahu
                                                             Dari sinar mata ku telah menduga
                                                                    Ada rasa yang membara
                                                                      Ada cinta yang menyala
                                                                  Tak perlu lagi kau nyatakan

                                                             Dari kemesraan yang telah kurasa
                                                         Dari tutur kata yang mesra menggoda
                                                                  Tak dapat ku merahsiakan
                                                                       Haruskah aku nyatakan
                                                                      Cintamu telah berbalas

                                                              Biar saja tak perlu dinyatakan
                                                                 Biar saja tak perlu diucapkan
                                                               Rahsiamu, rahsiaku bersama
                                                                  Biar saja tak perlu dinyatakan
                                                               Biar saja tak perlu diucapkan
                                                        Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

                                                         Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
                                                               Kuluangkan hati isikan cintamu
                                                                     Dari wajahmu yang ayu
                                                                     Dari mata mu yang sayu
                                                                           Tak perlu ucapan itu... 


entah lah...hati ini meronta..tatkala malam2 terakhir ramadhan..semakin iya mendesah..untuk melepaskan semua beban..beban dosa2 lampau...perhitungan yg belum kunjung tiba..moga satu malam yg berkat dgn penuh rahmah itu di temui...untuk melindungi dr ini dr nista2 yg keji..dr yg dhaif lagi lemah ini umpama menunggu pengazaban dr Tuhannya Yg Esa..entah la akan diri ini...biarlah..pergilah..menyembah Tuhan mu Yg Maha Agung..ALLAH S.W.T.....

Rabu, September 09, 2009

Ku Kembali..


Setelah berbulan aku senyap..bukan pasai ape..malas nak update..
dulu nak buat suke2..skrg dah jd mls sudaa..
sem ni dah masuk final year aku kat UiTM Arau ku ini..
pengajian aku bertambah mencabar..dgn cabaran2 luar dan dalam..
iman
dan taqwa...
soal hati semakin hari semakin berat..
tapi apakan daya..diri ini insan kerdil lagi hina..
bulan pose dah setegh bulan dah..hari ni 19 ramadhan..
terawih entah kemane..
sekali x g masjid..dan seterusnyer hari2 mendatang pon same xg..
apela diri ini..aduyai..
tapi ape pun..muzik d hatiku..sekadar hiburan yg tidk melalaikan..
dr pade duk bercumbuan dgn awek2..
bek dgr n layan lagu2 klasik rock..
sentimental beb...

Selasa, Jun 09, 2009

Magnet cinta Allah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.

Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.

Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).

Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.

Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.

Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Tanda cinta kepada Allah

Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." Sebahagian salaf berkata: "Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya."

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: "Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Allah SWT berfirman: Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.

Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: "Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian". (Ihya' Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.

Maka Allah tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah berfirman: Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa': 45)

Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai Allah kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra'd: 28)

Orang yang mencintai Allah tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah.

Orang yang mencintai Allah juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: "Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya."

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

Khamis, Mei 28, 2009

Ku Sendirian


Gemuruh

Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa

Khamis, Mei 21, 2009

MengaPa kiTe d Uji..?


...
21 Mei 2009
-hening pagi memeluk tubuhku..sebelum makhluk yg bername bilal melaungkan "laungan agung",aku sudah pon terjage dr tempat pembaringan..tatkala sesuatu dtg kpde ku..iaitu perasaan dr hati yg bercelaru..memikirkan mase depan yg entah kemane lg..
kehidupan kite selalu d uji dgn pelbagai ujian..semakin kite dekat dgn"NYA"..semkin kite d uji dgn pelbagai ujian..itu lah nafsu dan syaitan yg menerajui kemaksiatan mengelilingi hati..hati yg penuh dgn keserabutan kehitaman..tetapi masih ade ruang yg suci..yg putih..yg harus d jage dan disebarkan untuk memlihkan bahagian yg hitam..sesungguhnyer taubat itu selalu tebuke akan pintunyer untum hamba2 yg tuluis hati bertaubat..mengharap keredhoan Ilahi..YG MAHA SUCI..MAHA PENGAMPUN..MAHA MENGASIHANI..aku bersujud memohon keampunan kpd MU YA ALLAH..

-kepade yg ter"syg"..aku d sini sentiase ade. menunggu mu dgn penuh ujian..
hati tidak boleh d paksa..hak manusia untuk berubah..berubah lah kearah kebaikan..cr la pembimbing yg menyusuri jalan makrifat...

-"selagi masih ada ruang untukku melabuhkan rindu..selagi masih ada peluang untuk ku....cukup lah sekadar ku menyatekan rindu..."

Selasa, Mei 05, 2009


::Rinduku terhenti::

Telahku Tinggalkan
Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku
Dibelit Pilu
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Dijiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mencalar Hati
Rinduku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu

Ku Lupa Kanmu Jua
Sedih Kau Pergi Menjauhi

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu

Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Kuteruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Biarlah Satu Hati

Isnin, Mei 04, 2009

dengar laah...

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Rabu, April 22, 2009

musim exam..


tetibe rase perot memulas d kepagian harian..
musim peperiksaan sudah pon bermula..
get set..go..
ponin dowh..first paper rabu..
pastu paper plak kaler merah..
mcm killer paper aje..hampeh paper..
dah la plak tu bace soalan paper tu mcm bace news paper..
bace je..tanpe memahami arti dan maksud..
kuar2 bilik exam ...biol aje..
kepade sume rakan2 dan taulan..
gd luck exam..kalo kalo fail..
repeat la..jgn dismiss udah yop wei.
.gd luck..

Jumaat, April 17, 2009

cinta sempurna


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh.

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan.

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu.

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu
Menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu… darimu.

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku.

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan.

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu.

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu
Menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu… darimu.

Khamis, April 16, 2009

kawan2...

Kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...

Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...

Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...

Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

Ahad, Mac 15, 2009

Mari kenal Tarikat...

MAKNA TARIQAT

Pengertian "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan", "keyakinan" dan "agama".

Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa "Tarekat" ialah

1. jalan;
2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);
3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);
4. perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way" (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (methoda dan satu sistem kepercayaan).

Tariqat Menurut Kalangan Sufi

Adapun "Tariqat" menurut istilah Ulama' Tasauf :

1. "Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasauf".
["Al-Ayatul Baiyinat" hal. 23, oleh Syeikh Ahmad Khathib.]

2. "Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan."
["Ilmu Tariqat Dan Hakikat" hal. 69, oleh T.H. Abdullah Ujong Rimba]

Berdasarkan beberapa definasi yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasauf.

Sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan yang dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh para Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'it Tabi'in dan terus turun-temurun sampai kepada Guru-guru, Ulama'-ulama' secara bersambung-sambung dan bersantai hingga pada masa kita ini.

Suatu contoh dapat diketahui, bahawa di dalam Al-Quran hanya dapat dijumpai adanya ketentuan kewajipan solat (sembahyang), tetapi tidak ada satu ayat pun yang memberikan perincian tentang raka'at solat tersebut. Misalnya saja solat Zohor sebanyak 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat, Isya' 4 rakaat dan Subuh 2 rakaat. Demikian pula terhadap syarat dan rukunnya
solat-solat tersebut. Rasulullah SAW lah sebagai orang pertama yang memberikan contoh-contoh dan cara-cara mengerjakan solat-solat maktubah itu dengan melalui perbuatan yang ditunjukkan dan ditiru oleh para Sahabatnya terus turun-temurun sampai kepada kita ini lewat pelajaran-pelajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para Guru, Syeikh dan para Ulama'.

Hal ini bukan bererti, bahawa Al-Quran sebagai sumber pokok hukum dalam Islam itu tidak lengkap, Sunnah Rasul dan Ilmu Fiqeh yang disusun oleh para Ulama' tidak sempurna, akan tetapi sebetulnya masih banyak penjelasan yang diperlukan ummat agar perlaksanaan peraturan dan ketentuan Allah dan Rasul-Nya dapat menurut penerimaan atau penangkapan akal bagi orang yang hanya mampu membaca, menghayati dan memahami yang pada puncaknya orang ini akan mengerjakan syariat Islam sesuai dengan kemauan hawa nafsunya sendiri.

Rabu, Mac 11, 2009

emBun pAgi..


..::tatkala kesunyian dan keheningan subuh d sambut dgn laungan azan..d situ lah kehidupan para insan hendak bermula pade hari yg baru..yg berkuak,berkuaklah yang mengiring,mengiringlah yg sumpah seranah menyumpah...mcm2 feel kite akan dapat lihat pade waktu pg..tetapi mereke sume lupe pade satu perkare bahawe mereke masih bernafas pade pg yg baru ini..satu aspek yg harus d lihat pade waktu pg adelah bagaimane embun itu muncul dan menitiskan titisan kristalnyer..sume ini adelah rezeki dan rahmat yg dtg drpd Allah swt..
pagi2 dah tazkirah ni..haha..bese le..muhasabah ni x kire waktu..xkire tempat dan keadaan..same2 kite melaksanekannyer..

p/s: aku nak cr org buat usrah la mcm ni..hoho..

Isnin, Mac 09, 2009

setelah seminggu..



..::pa habaq sume..aku kembalik lagik..setelah seminggu lebih aku demam..hampeh..kene plak ciuman menetang yg bername "cali"..sepet mate aku..nasib bek x cacat..kalo cacat..aku trime je..sume ini dugaan aku..banyak buat dosa..kalo x sakit..mulut ni x de nyer ringan2 nak mintak ampun kat ALLAH..kite muhasabah n tazkirah la ckit petang2 ni..ehem2..

..setiap yg bernyawe itu pasti akan mati.WAJIB mati..jike hati ini d lande keresahan,kegelisahan,hendak membuat pilihan..bace lah AL-QURAN..sesungguhnyer AL-QURAN itu adelah penenang jiwe yg terbaik..bukan g karoke..sembahyang d awal waktu..kite nak masuk syurge ALLAH cepat..tapi semyg hujung2 waktu..apa la..

..dan ALLAH telah berfirman..
"demi waktu..sesungguhnyer manusia itu d dalam kerugian..."

memg manusia ini dlm kerugian..tido nak je lebey waktu..habis sume lebor..subuh pon x qada'..
mkn plak nak lebey..doa x bace..keberkatan xde..rugi lg..banyak mase n perbuatan yg kite lakukan ini sumenyer rugi2 belake..kite kene muhasabah balik dr ni..tgk ape yg silap..oraiyt bebeh..salam rebungan..

p/s: selagi nyawe masih d dade..selagi itu kite masih perlu mengucap..


Jumaat, Februari 27, 2009

KARNIVAL ILMU d UiTM


..::sempene thun melawat perlis thn ini..uitm perlis mengade kan satu karnival yg d namekan karnival ilmu..karnival ini d jalankan khas untuk org2 ramai,pelajar dan penduduk2 luar..khususnyer untuk pelajar lepasan spm..kemane hale tuju mereke..d karnival ini lah mereke bole mencri mase depan mereke ke mane harus mereke pergi..sekian..

tentatif program:

Tempat : Padang Kawad UiTM Perlis
Tarihk   : 27 Februari - 1 Mac
Masa      : 8.00pg-11mlm

Dijemput kepade sume warge malaysia khususnye penduduk perlis untuk memeriahlkan karnival

p/s: pagi2 ni skema ckit..kene sound..huhu..

Khamis, Februari 26, 2009

huaaarg...ngantok2..


..::mmg tiap2 hari mengantok..tido dah la lambat..pastu mls g kelas..tp xpe..janji follow..
mggu ni aku agak bz la..agak la..dgn karnival ilmu g..dgn lawatan ke kolompo lg..tp itu bende yg seronok..hehe..mggu ni la terpakse aku ponteng trening rotu aku..sedey pon ade..tp nak buat cam ne..terpakse..baru2 ni aku de amik cite matrix kat adi..3 siri aku tgk dlm stret..fuh..sampai mimpi la aku jd neo..mmg merepek..cite pun mcm hape tah..sesuai la untuk budak2 komputer tgk..bole la pemahaman kompter tu memahamkan cite tersebut..dah2..esok sambung..aku nak tido..

p/s: esok nak g datink...

Rabu, Februari 25, 2009



..::memang agak kekambingan la bile pepagi ni sakit perot plak..sakit mcm kene gigit kambing x pe gak..ni sakit mcm pmpuan nak bersalin anak kembar siam yg 8 org punyer...waaargh...dgn agak bangge aku ingin mengumumkan kemenangan liverpool terhadap real madrid..tahniah kpde liverpool..you'll never walk alone..aku rase mcm nak ponteng la kelas pg ni
sakit perot ni..amacam pendapat korg..cik faidah je pon..mggu ni gak sepupu aku kat mrsm beseri tu nak balik..kire lepak dekat umh aku la..erm..nak g amik satu hal..ahd ni aku xde dah..g melawat serate cerok bende teknologi kat KL nun..
xpe2..bisa d ator..ok..nak g melempias hajat sat..adeii...

p/s: lalalala...

Selasa, Februari 24, 2009

anDai kU tahU..




..::o.o.o  ku ketahuan..adekah anda berpengatahuan..ia berkenaan dgn rutin hidup harian kite..yaitu mandi..mandi adelah salah satu rutin yg amat wajib kite lalui..mmg la mandi xde dlm rukun negare tapi itu ialah salah satu perkare yg kite lakukan setiap hari..so,mandilah time pg2 nak g kelas tu..jgn lah menyekse pancaindera kwn2 kite yg lain..
pde pg ini aku nak cakap pasai pg rabu ini..aku krg ade test lg..tiap2 hari test..mampuih la aku..acece..stadinyer idak..perangai buruk btoi..bkn aku la..budak2 rumh aku la..aku ok aje..
sambil duk stadi tu pon sempat lg aku duk menaip menatang ni..dah la tggal aku sorg je kat umh ni..yg len sume g kelas..nuar ponteng..ponteng pon ade shif jugak..aku dah..selase semlm..haha..aku lapo..tp mls nak mkn..perot aku dah membeso selebar 2 inchi..ape yg aku mkn tah..taik bintang kot..dah2..aku nak stadi..

p/s: MU seri plak..hampeh...

siLe lah gunE...


..::ade sesuatu yg aku nak tunjuk kat korg..selame ni krg pakai browser internet explorer n mozilla musang api(firefoxK kan..cube korg tyry install yg ni plak..iaitu..
"google chrome"...browser ini amat menarik d samping lebih laju berbanding browser yg lain..try la gune..mls aku nak cite bnyk..ni..klik kat link ni...
www.google.com/chrome
selamat mencube nasib..


p/s: playstation..haha..pg ni MU lwn INTER MILAN..

Isnin, Februari 23, 2009

pOlitik Pde waKtu Pagi..


..::.teet..teet..tee.tee...bunyi hape tu..mcm ayam tersedu aje..kunci jam stat pkol 5.50am...pastu snooze2 sampai bunyi yg ke due belas..baru nak bngun...di ambang kehabisan suboh dah..hampeh...buat la perangai tu tiap2 hari..penampo krg..nasib bek dr ku ini yg buat perangai tu..nak penampo pon kene kat sendr..so..ikut hati mati..erm..pg ni pg selase..memeng malas yarabbi nak g kelas ..dah la ptg krg ade test e-com plak..bace baru 2 bab..tu pon skip2 mcm main skiping..tp main skiping susah gak..penah la sampai tali skiping tu melayang tempat lain..aku bkn main pusing2..aku buang trus pasai fedup..haha..waktu pg ni mmg aman kalo xde kelas..tp kalo nak ade kelas pon..agak2 la ..bg la best ckit..ni kelas mcm kelas nak blaja menkafankan mayat je..kalo ade mayat pon..aku rase mayat tu mmg reput trus..dah2..aku nk g mandi..sakit perut memulas plak..tp tu mmg rutin..kene buang segale sise2 kumbahan perot ni..perot mcm tempat kumbahan la..selain tu die juge....korg cr la sendri..search kat tenet.."kegunaan perot"..
aku sebenornyer berniat ponteng pg ni haha...
-sekian-...

Ahad, Februari 22, 2009

agaK giLer r Hari ni..






..::selomat tgh hari yg panas nyer mcm kene bakar dgn api ameteresu sasuke..
kenal ke sasuke..follow la naruto..ape la..pg td bangun "agak" awai..g la kekelas..kelas
yg plg di sukai oleh aku dan kawan2 yg lain..network admint..mcm bese..masuk kelas buat bodo aje..pg td time kat parking kene puji dgn pak guard..pakai smart..agak bangge la aku..weheh..
seterusnyer trusla kekelas..bkn kelas..lab la..lab 12..sejuk pg tu..aku amik kompter plg hujung sekali..mmg hujung..dah la hujung..terperosok ke dlm plak..lecterer ku buat bodo je..aku plak tah ape duk merepek buat commmand linux kat ctu..sat ok..sat x ok..sepatah kalam pon x phm..dgn tibe2..lectrer kesygan pon bertanyer soalan..."what is differen between singgle n double code..?"..kalo x silap aku la tu soalan nyer..mmg ajaib pg td..sume mcm dah sain kontrak buat bodo je..muke sume ngale skrin..atleast kalo x dpt jwb ...tgk la muke beliau..pastu die seakan-akan merajuk..wahah..kuar kelas seketike..g mane aku pon xtau r..aku truskan dgn kerje pengexploran aku akan command2 linux tersebut..
pastu jam menunjukkan pkol 9.45am..kelas dah hbis..yeyeh..blah2..

p/s: kelas "wazazu" pg td..ngeh2..

tetiBe kU raSE sejuk..


..::memangla sejuk..dah ko xpakai baju..hape la..koling pon duk guling2 sampai ke pintu..
pastu gelak sorg2..duk menyengih aje..sampai kekatil..tah ape la aku ni..
ehem2..ok..kite mulekan dgn cite baru..ptg td pas discussion dgn "en" hadi..aku g semyg asar kat P.I..hujan mencurah bak petrol ke dlm tgki..terlihat la aku akan kerusi roda kat luar tu..
tahula aku akan empunyer kerusi roda tu..abdul rahman..die insan istimewa..walaupun die d lahirkan tidak seperti aku..dapat berlari..kene hell dgn senior..tp die lebih mulie pde aku..
bnyak maksiat aku ni..dah Allah bg tu semue kat aku..x bersyukur juge..die yg sebegitu pyh nak berjalan pon bole lg n sempat juge ke masjid...semyg jemaah..aku yg bole lari ni..siap bole rempit lg..punyer la mls nak mampos g masjid..setiap insan itu tdk sempurna...
ade cacat celenyer..aku cacat bhgn lain..org lain cacat bghn lain..cacat aku org xnampak..
tp itu la cacat yg plg mengaibkan..bg dr aku ini...itu sebab aku kekdg suke tgk org2 yg mcm ni..timbul sedikit keinsafan..walaupon sedikit..ade la dlm bape2 minit...sekurg2nyer aku berfikir gak sejenak sape dr aku ini..jd kite harus slg melengkapi antare satu same lain..
ingat mengingati dan tegur menegur...menolong yg susah dan yg susah haruslah d tlg...mulela aku nak merapu ni..mate dah kuyu...tp hati duk berbunge g...buah ati baru koling..bese la..aku baru cdg nak kol..tp die kol dulu..save kredit aku..haha..tp kredit aku pon mcm dah bnyak je ..lame2 jd bukit la nanti..tgk..merepek lg..dah2..cau..

p/s: malu itu separuh daripade iman...

Sabtu, Februari 21, 2009

seraNgkaP panTun laHagi..




::: DazMeLoN :::a

Andai bisa ku terbang, 
Tinggi di awan, 
Kan ku terbangkan sayap impian, 
Melayang tinggi diruangan angkasa....oh....
Namun semua hanya impian, 
Yang tak mungkin bisa ku janjikan, 
Seperti apa yang terjadi di kisah khayalan....
Hanya mimpi yang bisa ku janjikan, 
Realiti ini bukannya seperti mimpi sang puteri....
Maafkan aku melukai mu, 
Maafkan ku kerna tak bisa, 
Ku hadirkan semua mimpi-mimpi mu...
Pegang tangan ku pejam mata mu, 
Dan selami hati yang berbunga, 
Dan pastinya kau kan melayang, 
Terbang diruangan angkasa....
Bersama ku berdua jelajahi kisah cinta, 
Seperti di dalam kisah sang arjuna....
Kita terbang bersama, 
Berdua diruangan angkasa, 
Bahagia cinta tercipta, 
Biar bukan di rialitinya.
Kita terbang bersama, 
Berdua diruangan angkasa, 
[ Terbang lyric found on www.lirik.tv ] 
Bahagia cinta tercipta, 
Biar bukan di rialitinya.
Kita terbang bersama, 
Berdua diruangan angkasa, 
Bahagia cinta tercipta, 
Biar bukan di rialitinya......

pAgi yG geLap kiNi sudeH teranG


..:::pagi ahad yg agak bz n memboringkan..
kalo dolu2 time sekoloah..hari ni la rase paling best heaven je..
tp sampai tgh hri je la..pasai esoknyer nak sekolah balik..adei..skrg ni plak..bile nak masuk je isnin..mulelah poning2..pasai esok kelas "wazazu"..
tp apekan daye..g je la..xkan asik nak ponteng aje..
agak melampaui batas la gitu..esok de present lg..
esok la nak ade mcm2..skecth multimedia x siap g..
ni duk buat la ni..baju dlm mesin..rumh nak kene kemas..
moto pon x mandi lg..aku pon x mandi lg d kale ini..
xterurus btol la kalo xde bini ni..hesh..lapo pon ade..
tengok la mcm ne ..krg2 cr sesuap nasi untuk d telan..wokey..jom mandi..

p/s: buat bende ni ade mase plak aku ni...

seKetikE d ruMah Seri KenanGan















































..::---tanggal 21-02-09..
= aku as a pengarah projek program ini merakam kan beribu juta trimas kpd budak2 yg join program aku ini..aku sbenornyer x suke g umh ni pasai umh ni umh org tue2..umh org2 yg terbior..bknnyer ape..aku teringat balik tok aku yg meninggal dulu..terkilan aku  xdapat g time kebumi beliau..ape2 pon semoge rohnyer d cucuri rahmat..
kembali semule ke rkh kenangan tersebut..kami d berikan beberape task atau tugasan tertentu..aku dapat bhgn dorm laki..ade kat dorm pmpuan dining n klinik..yg dining masak2 la ..ape lg..tlg surf kat pakcik2 n makcik2 kat ctu..
yg kat dorm plak tlg bersihakn bilik tersebut sambil2 tu duk lyn la diorg..ade yg nyanyi la..yg tlg pakai kan lipstik la..mcm2..tp ape2 pon ni mmg pengalaman pertame aku kat umh mcm ni..d harap aku dpt g lg..nak bg diorg gembire..diorg pon perlu juge kasih syg..dah la dibuang oleh kuarge n ank yg x bertgggjwb..sial btol diorg tu..buang mak ayh..yg ade sebab munasabah xpe la..bole konsider lg..program tamat pde 2.00 ptg..pastu aku blik..sekian..

p/s:aku pon perlu kasih syg yg secukupnyer..ade yg sudi..?..

Jumaat, Februari 20, 2009

huJan oh Hujan..!!



Aku baru balik dr gunung keriang..mule2 enjoy gak..
g rempit..elok masuk simpang g jitra..
hujan trun mencurah2 mcm minyak yg sengaje d tumpahkan..hampeh...
tp hujan itu satu rezeki drpd Allah swt..
yg aku nak cite ni..dlm hujan2 lebat tu...kude putih aku iaitu bernombor plat AGR2612...
pantas menyusur laluan yg berair...dgn kadar kelajuan 70-8-km/j...
dah la depan x nampak ape..nasib bek la xmelompat masuk sg tepi tu..kalo x..jd motobot r..
respek la sama wa punyer kude...caiyok2..sampai umh pkoi 3..mngantuk nak mampos..alahai..akhir kate...jom tido...

Khamis, Februari 19, 2009

soLamaT paHagi..



...::::
hesh..pg2 lg dah poning..seb baik hari ni kelas pkoi 10..
sejak duk luar ni lame dah x g drees kol..
rindu plak kat jati pg2 ni..tp ape nk baut(buat),kehidupan harus d truskan..
..dgn tetibe tv terbuke..cenel 8..si budak fatiaah tgh d wawancare kan..
promosi cite baru die tu ka..geng..(upin&ipin)..
mggu lepas aku g tgk dah..kat jitra mall...cite stat pkoi 6.20..g pkoi 5..
secare luaran cite tu aku bg 4 tahi bintang la..sesuai untuk budak2..masuk paggung je..sume budak2..haish..tp yg stat gelak dulu aku la..saje nak bg havoc ckit..pastu budak sebelah aku usha semcm je..
rase nak tempeleng je..krg berguling2 plak bdk tu..sabo2..
erm..kembali semule d waktu pg hr ni..mcm mls g kelas hr ni..nak print resume n segale 
mak nenek surat praktikal plak..waargh..nak uph org duit tgh pokak..kopak..?!!
ape2 la..jom mandi..semcm dah aku ni..bulu ketiak pun x gunting g..
dah merebak keluar dah...hahaha..wazzapz..

p/s:..g la ramai2 g tgk cite toyol botak tu....




Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF


1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiranĂ‚², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FIN ALL Y ......... for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

pertama-tamanye ayat...!!




--------Assalamualaikum..--------


peerghh...lame dah aku nak berblog ni...

baru kali ini aku berpeluang..

kdp otai2,sile beri tunjuk ajar...

xreti sgt teknologi maya ni..

name je budak komputer...tp hampeh..ape pon xtau..


erm.,.sebagai kate ucapan aluan...

hamik sepantun lagu...


"Bapaku Pulang "

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek...



Senarai Blog Saya

ini adelah adilah..

ini adelah adilah..

ini adelah mak..

ini adelah mak..
hua-hua..

ini adelah aku..

ini adelah aku..

kuarGe Ku

kuarGe Ku
aku nyer kuarge,..

ini adelah ayah..

ini adelah ayah..
erm..

senja nan jingga..

senja nan jingga..

Foto2ku..

Foto2ku..
ini adalah gambo ayh aku time mude2..sampai guling2 la aku duk gelak time first tgk gambo ni..!!..huhu..!!

meRaH naN menyalA

meRaH naN menyalA
masih mude...

peNgirA

ini adelah atikah..

ini adelah atikah..

ini adelah adham..

ini adelah adham..

seMbang2


ShoutMix chat widget

TentAnG diriKu iNi..

Foto saya
manjung-arau-manjung, perak la..., Malaysia
aku seorg anak sulung yg mempunyai 3 org adik yg tdk dpt dikawal tgkah lakunyer..:P

PeNgikot2...